Translate this page

Ahad, 17 Jun 2012

sejauh manakah anda tahu tentang buah noni?


PENYELIDIKAN TERHADAP BUAH NONI

DENGAN PERUBATAN MODEN

Saintis Pertama yang mengkaji tentang Buah Noni ialah seorang Ahli Biokimia yang terkenal, Dr. Ralph Heinicke. Beliau turut mendapati kandungan Proxeronine dan Proxeronase dalam Buah Noni. Maka, Dr. Heinicke telah merumuskan bahawa Buah Noni ialah sumber terbaik pembentukan protein dalam badan manusia.
Dalam kajian fisiologi Dr. Heinicke, beliau mendapati Proxeronine penting untuk mensistesis alkaloid Xeronine. tahukah anda Xeronine juga terdapat dalam badan kita?ia adalah sejenis protein yang hanya dapat dihasilkan dalam usus manusia.jadi,apa kaitannya dengan kita? Kekurangan Xeronine boleh mengakibatkan pelbagai jenis penyakit zaman moedn ini seperti darah tinggi,kencing manis,kanser,stroke,serangan jantung,dan lain-lain lagi.









LAB REPORT DARI MALAYSIA





                                                   LAB REPORT DARI INDONESIA





LAB REPORT DARI SINGAPURA


Sabtu, 16 Jun 2012




Pokok ini berasal dari kepulauan Hawai dan disebabkan faktor cuaca & geografi memungkinkan pokok di sana tingginya 2 tingkat bangunan dan mempunyai buah yang besar-besar. 



Buah Noni banyak ditemui di beberapa negara seperti, Australia, Selandia Baru, India dan lain-lain mempunyai nama yang berbeza di setiap tempat. Walaupun begitu, masyarakat di tempat-tempat ini masing-masing menggunakan buah Noni ini sebagai ubat untuk menyembuhkan berbagai penyakit. Di Kepulauan Karibia, buah Noni disebut pohon penahan sakit (pain killer tree) kerana kegunaanya untuk meredakan rasa sakit seperti bengkak, terseliuh, patah tulang, demam dan lain-lain. Sedangkan di Asia Tenggara, pohon yang sering disebut "nnhau" itu digunakan untuk mengubati penyakit mulut dan gusi. Masyarakat di Filipina percaya buah Noni dapat membersihkan usus terutamanya menghindari perut daripada parasit.
 Masyarakat Melayu baik yang berada di Malaysia mahupun Indonesia menggunakan buah Noni untuk mengubati gangguan ketika buang air kecil, diabetes, batuk, dan pendarahan. Sedangkan masyarakat Myanmar gemar pula memasak gulai buah Noni yang masih muda dan buah Noni yang telah matang akan dimakan mentah bersama garam.Buah Noni atau Mengkudu ini sifatnya unik. Berbuah dahulu baru berbunga. 1 buah lebih dari 1 bunga. Buah Noni juga jauh lebih besar dibandingkan dengan yang ada di Malaysia,Indonesia  dan negara lain contohnya India. Daunnya pun besar. Pokok Noni ini tidak memiliki musim. Ia akan berbuah sepanjang tahun. Yang paling unik adalah jika buah Noni ini sering dipetik, buahnya akan bertambah banyak.